Google Yahoo Msn

Makalah Iman Kepada Allah

Written By Azhar El-Marosy on Friday, October 19, 2012 | Friday, October 19, 2012



Kata pengantar
Tiada kata yang paling indah dalam memuqaddimahi  makalah ini selain kata SYUKUR atas segala rahmat dan ma’unah yang diberikan Allah SWT. Sehingga dengan rahmat dan kasih saying-NYA, tugas mata kuliah    ilmu tauhid  dapat terselesaikan tanpa suatu aral.
Dalam penulisan makalah ini, banyak terdapat kekurangan dan kejanggalan. Namun namun bahagian-bahagian mana kejanggalan itu, pembacalah. Tegasnya ustadlah yang lebih mengetahui. Sebab seperti kata pepatah: “ kuman di seberang lautan Nampak, gajah dikelopak mata tidak Nampak”
Lebih tidak mustahil lagi, karena penulis makalah ini adalah penulis yang serba dhaif yang tidak luput dari khilaf. Untuk itu, tegus sapa serta control dari pembaca penulis sangat harapkan,  demi menjaga dari keberlarutan kesalahan yang justru akan membawa kepada kesalahan orang lain.
Akhirnya semoga tugas makalah ini bermanfaat bagi kita semua, khusunya bagi penulis sendiri dalam rangka menambah pengetahuan kita tentang “ iman kepada allah, dalil aqli dan nakli




                                                                                                            Penulis






Daftar isi

Kata pengantar………………………………………………………………
Daftar isi…………………………………………………………………….
Bab I Pendahuluan
a.     Latar belakang……………………………………………………
b.     Rumusan masalah……………………………………………….
c.      Tujuan dan manfaat……………………………………………….
Bab II pembahasan
a.     Pengertian iman kepada Allah……………………………………
b.     Dalil aqli…………………………………………………………
c.      Dalil naqli…………………………………………………………
Bab III penutup
a.     Kesimpulan
b.     Saran
Daftar pustaka















BAB I
PENDAHULUAN
a.      Latar belakang
Sebagai mahluk ciptaan yang maha kuasa kita senantiasa mengamalkan apa yang
Menjadi tujuan hidup di muka bumi ini sehingga dapat menjalankan kewajiban yang diembankan kepada kita. Salah satunya yaitu beriman kepada Allah
b.      Rumusan masalah
Adapun yang menjadi permasalahan dalam makalah ini yaitu “Apa yang dimaksud dengan iman kepada Allah tentang dalil aqli dan naqli”
c.       Tujuan dan manfaat
v      Tujuan.
Sebagaimana rumusan masalah diatas maka dalam makalah ini dapat bertujuan sebagai berikut:
“ untuk  mempelajari tentang iman kepada Allah tentang dalil aqli dan naqli”
v      Manfaat.
Adapun manfaatnya yaitu:
1.      Kita dapat mengetahui cara kita beriman kepada Allah.
2.      Dapat membedakan antara dalil aqli dan naqli.
3.      Dapat memperdalam atau menambah pengetahuan kita tentang iman kepada Allah.

           













BAB II

PEMBAHASAN

a. Pengertian iman kepada Allah
b. Dalil Aqli
          Mengikut dalil aqli atau dalil yang bersumber kepada akal fikiran, kalaulah salah satu daripada sifat-sifat yang disebut kan tadi iaitu Qudrah Iradah, Ilmu dan Hayat, tidak ada pada ALLAH SWT, niscaya sesuatu daripada alam ini tidak akan ada.
         Dengan lain-lain perkataan, kalaulah salah satu daripada sifat-sifat tadi tidak ada pada ALLAH SWT, niscaya tidak akan ada manusia, alam jin, alam haiwan, alam tumbuhan maupun Alam Malakut, alam syahadah dan lain-lainnya. Kerana, salah satu saja daripada sifat-sifat tadi tidak ada pada ALLAH SWT, ia menunjukkan yang  ALLAH SWT lemah. Kalau ALLAH lemah, sudah tentulah alam ini tidak ada.
          Padahal alam ini sudah ada dan dapat pula kita lihat dengan mata kita sendiri. Bahkan diri kita ini sendiri adalah sebahagian daripada alam. Itu menunjukkan ALLAH tidak lemah. Dan kalau ALLAH tidak lemah, ini membuktikan bahwa ALLAH memiliki sifat-sifat tadi iaitu sifat Qudrah, sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifat Hayat. Dengan itu juga, jadi mustahillah kalau ada orang mengatakan bahawa ALLAH, tidak memiliki sifat Qudrah, sifat Iradah, sifat Ilmu dan sifat Hayat.
        Di sini kita telah membawakan dalil secara akal yang, menunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengan sifat-sifat yang telah kita sebutkan tadi. Iaitu, adanya alam ini termasuklah diri kita ini sendiri, menjadi bukti bahawa ALLAH SWT memiliki keempat-empat sifat tadi. Mengapakah keempat-empat sifat itu kita bahaskan secara aqli, sekaligus? Ini adalah kerana, "bersatu lazim atas nafinya".' Ertinya, dengan tidak adanya mana-mana satu daripada sifat sifat yang empat itu, ia membawa kepada lemahnya ALLAH SWT, seperti yang telah kita terangkan tadi.
        Jadi, dalilnya satu saja, atau dengan kata lain, terhimpun keempat-empat sifat itu dengan satu dalil saja, iaitu lemahnya ALLAH SWT. Sedangkan ALLAH tidak lemah kerana buktinya, alam ini sudah ada.
       Di samping itu, kalau kita hendak perpanjangkan sedikit perbahasan ini, marilah kita ambil satu contoh iaitu kita ambil salah satu daripada sifat-sifat tadi.
1.      Dalil Aqli Sifat Qudrah
         Katalah kita ambil sifat Qudrah bagi ALLAH SWT. Kala ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Qudrah, maka jadilah ALLAH itu bersifat lawannya yaitu lemah. Dan kalaulah ALLAH bersifat lemah, sudah tentulah sesuatu dari pada alam ini tidak akan ada. Tentulah tidak akan ada langit, bumi, bintang, bulan, matahari dan lain-laimrya. Dan sembarang alam juga tidak akan ada sama ada alam haiwan, alarn insan, alam jin, Alam Malakut dan lain-lainnya. Padahal semua alam ini sudah dapat kita lihat dan ada di depan mata kita sendiri. Maka ini membuktikan bahawa ALLAH tidak bersifat lemah. Dan wajiblah ALLAH bersifat Qudrah.
        Daripada dalil aqli ini, jelaslah membuktikan kepada kita bahawa tetaplah ALLAH itu bersifat Qudrah, dan kita pula wajib meyakininya. Jangan sedikit pun kita meragui bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana kalau kita ragu ataupun kalau kita jahil, maka akan rosaklah aqidah kita. Dan kalau aqidah kita rosak, maka seluruh amal kebajikan kita sudah menjadi sia-sia. Malah, kalau aqidah kita sudah rosak, ia akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka dan kekal abadi di dalamnya.
2.      Dalil Aqli Sifat Iradah
           Kemudian, cuba kita bahaskan tentang sifat Iradah pula. Iaitu kalaulah ada orang berkata bahawa tidak wajib ALLAH bersifat Iradah atau menghendaki, maka sudah tentulah ALLAH bersifat dengan sifat lawannya iaitu benci atau tidak berkehendak. Apabila dikatakan ALLAH tidak berkehendak, akan ternafi pula Qudrah atau kuasa ALLAH. Dan manakala ternafi Qudrah ALLAH, bererti bahawa ALLAH bersifat lemah. Sedangkan tadi telah kita bahaskan bahwa kalau ALLAH lemah, sudah tentu tidak terjadi alam ini. Sedangkan alam ini sudah pun terjadi dan dapat kita lihat dengan mata kita sendiri.
         Kalau begitu mustahillah ALLAH bersifat lemah. Dan kalau ALLAH tidak lemah, maka wajiblah ALLAH SWT bersifat Qudrah dan Iradah.
3.      Dalil Aqli Sifat Ilmu
        Seterusnya, mengenai sifat Ilmu, bagaimanakah dalil aqli yang menunjukkan ALLAH bersifat Ilmu? Kalau ada orang berkata bahawa tidak wajib ALLAH SWT bersifat ilmu, maka sudah tentulah ALLAH SWT bersifat dengan sifat lawannya. Tentulah akal kita akan mengatakan bahawa ALLAH bersifat jahil, atau tidak mengetahui. Dan kalaulah ALLAH bersifat jahil atau tidak mengetahui, maka dengan sendirinya akan temafi sifat Qudrah dan Iradah. Sedangkan tadi telah kita bahaskan secara dalil aqli bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Qudrah dan Iradah. Kerana, melalui sifat Qudrah dan Iradah ALLAH SWT, maka terjadilah alam ini yang mana telah dapat kita lihat di depan mata kita sendiri. Jadi, kalau ada orang mengatakan tidak wajib ALLAH bersifat Ilmu, maka akan ternafi pulalah sifat Qudrah dan Iradah ALLAH SWT. Kerana, kalau ALLAH jahil atau tidak mengetahui, maka tidak mungkinlah terjadi kehendak-Nya.
        Contohnya boleh kita ibaratkan kepada diri kita. Katalah kita jahil tentang sesuatu perkara. Maka, kalau perkara itu hendak kita laksanakan, sudah tentulah ia tidak terjadi kerana kita tidak ada pengetahuan dalam perkara itu. Umpamanya kita hendak membawa kereta tetapi tidak ada ilmu pengetahuan dalam membawa kereta. Sudah tentulah tidak terjadi membawa kereta itu, walaupun kehendak membawa kereta itu ada. Yang demikian, jahilnya kita di bidang membawa kereta menyebabkan ternafinya Iradah atau kehendak kita.
        Begitu jugalah kalau kita ada keinginan hendak membuat rumah tetapi kita jahil atau tidak ada ilmu bagaimana hendak membuat rumah. Dengan sendirinya ternafi iradah kita tentang hendakkan rumah. Begitulah seterusnya dengan perkaraperkara lain pada diri kita. Kalau kita tidak ada ilmu engetahuan dalam perkara-perkara itu, maka akan temafilah Iradah kita.
Maknanya, Iradah atau kehendak dalam satu-satu perkara itu tidak akan terlaksana kalau tidak ada ilmu atau kalau kita jahil. Dalam kata-kata yang lain, mustahil satu-satu kehendak atau Iradah itu terlaksana, kalau kita jahil dalam perkara yang kita berkehendak itu.
         Kalau begitu, sekiranya ada orang mengatakan ALLAH tidak wajib bersifat Ilmu, maka dia telah menafikan sifat Iradah bagi ALLAH SWT. Kerana kalau ALLAH tidak wajib bersifat Ilmu, sudah tentulah ALLAH bersifat jahil atau tidak mengetahui. Kalau ALLAH tidak mengetahui, maka ternafi lah kehendak atau Iradah bagi ALLAH SWT. Sedangkan semua kehendak ALLAH tentang menjadikan seluruh alam ini sudab terjadi. Buktinya telah dapat kita lihat dengan mata kita sendiri tentang kejadian alam ini.
          Jadi, tentulah ALLAH tidak jahil tentang hendak menjadikan seluruh alam ini kerana alam ini sudah pun ALLAH jadikan. Yang demikian, nyatalah mustahil ALLAH bersifat dengan sifat jahil atau tidak mengetahui. Yang sebenarnya, wajiblah ALLAH bersifat mengetahui atau bersifat Ilmu.
4.      Dalil Aqli Sifat Hayat
          Kemudian, coba kita bahaskan pula tentang sifat Hayat bagi ALLAH SWT. Bagaimanakah dapat kita buktikan secara dalil aqli, bahawa wajib ALLAH SWT bersifat Hayat atau hidup. Bagaimanakah perbahasan kita kalau ada orang berkata bahawa ALLAH tidak mempunyai sifat Hayat atau hidup.
         Sekiranya ALLAH SWT tidak bersifat Hayat atau tidak hidup, maka akan ternafilah seluruh sifat yang wajib bagi ALLAH tadi yaitu sifat Qudrah-Nya, sifat Iradah-Nya dan juga sifat Ilmu-Nya. Ini adalah kerana, sifat Hayat itu menjadi syarat tentang adanya sifat-sifat yang lain. Dengan adanya ALLAH SWT bersifat Hayat, barulah ada sifat-sifat yang lain pada ALLAH SWT termasuklah sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.
        Kerana, kalau ALLAH SWT tidak bersifat dengan sifat Hayat atau hidup, tentulah ALLAH bersifat sebaliknya yaitu maut. Dan kalaulah ALLAH mati, tentulah tidak ada sifat-sifat ALLAH yang lain. Contohnya, katalah diri kita ini. Kalau kita tidak hidup atau kalaulah kita mati, niscaya segala sifat yang ada pada diri kita juga akan mati; penglihatan kita akan mati, pendengaran kita mati, percakapan kita mati, kehendak kita mati, kuasa kita juga mati (segala tenaga di badan kita sudah tidak ada lagi), dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat yang lain.
       Jadi, kita lihat betapa kalau kita tidak ada hayat, maka seluruh sifat yang lain akan temafi. Dengan itu, hayat atau sifat hidup itu menjadi syarat untuk adanya sifat-sifat yang lain. Kalau begitu, sekiranya ada orang mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak bersifat dengan sifat Hayat, maka akan ternafi jugalah segala sifat yang lain pada ALLAH SWT termasuk sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu.
        Kerana itu wajiblah ALLAH SWT bersifat dengan sifat Hayat. Mustahillah ALLAH tidak bersifat Hayat kerana yang demikian akan menjadikan ternafinya sifat-sifat yang lain pada ALLAH SWT termasuklah sifat Qudrah, Iradah dan Ilmu. Sedangkan, tadi telah kita bahaskan bahawa adalah mustahil ALLAH SWT tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu. Kerana kalaulah ALLAH tidak bersifat Qudrah, Iradah dan Ilmu, sudah tentu alam ini tidak akan terjadi. Sedangkan alam ini sudah terjadi dan ada di depan mata kita.
        Begitulah secara ringkas perbahasan secara dalil aqli bagi membuktikan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat. Sifat-sifat ini wajib kita yakini sungguh- sungguh tanpa dicelahi oleh sebarang keraguan sama ada keraguan kita itu berbentuk syak, zan ataupun waham. Malah kita juga tidak boleh jahil tentang sifat-sifat ini. Kerana, kalau kita ragu atau jahil, akan rosaklah aqidah kita.
         Sedangkan sebelum ini telah kita ulang-ulangkan bahawa aqidah adalah perkara yang menjadi pokok di dalam ajaran Islam. Ia adalah perkara asas dalam kita membangunkan seluruh amal kebajikan kita yang lain sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad, pengorbanan dan lain-lainnya. Kalau aqidah kita tidak sah atau sudah rosak, seluruh amal kebajikan yang kita bangunkan itu sudah tidak ada nilai lagi di sisi ALLAH SWT. Jadi sia-sialah semuanya itu.
          Sebab itulah persoalan aqidah ini mesti kita fahamkan sungguh-sungguh agar keyakinan kita padu serta kukuh. Jangan sekali-kali kita goyang. Kalau kita goyang di sudut ini, ertinya kita menempah tiket untuk kekal abadi di dalam Neraka.
          Kerana yang rosak aqidah ini ialah orang yang kafir dengan ALLAH SWT. Kalau kita mati dalam keadaan rosak aqidah, berertilah kita mati dalam kekafiran. Sedangkan orangorang yang mati di dalam kekafiran, mereka kekal abadi selama-lamanya di dalam Neraka.
B. Dalil Naqli
          Seterusnya, mari kita perbahaskan pula dalil-dalil dan buktibukti yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT itu wajib bersifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat menurut dalil naqli atau dalil-dalil yang digali daripada Al Quran. Dalil ini adalah dalil yang diwahyukan oleh ALLAH SWT sendiri atau merupakan pengesahan daripada ALLAH SWT sendiri. Kerana itu ia merupakan dalil yang lebih tepat daripada dalil akal. Dalil ini sama sekali tidak boleh kita tolak. Kalau kita tolak bermakna aqidah kita juga akan rosak. Firman ALLAH:
surat:3 ayat:60
Yang haq (benar) itu datang dari Tuhanmu, janganlah kamu termasuk dalam orang yang ragu. (Ali Imran: 60)
      Jadi, daripada dua dalil yang kita gunakan untuk membuktikan sifat-sifat wajib bagi ALLAH SWT iaitu secara aqli dan secara naqli, dalil naqli adalah yang paling tepat dan paling benar. Itulah dalil yang mesti kita terima bulat-bulat.
1.      Dalil Naqli Sifat Qudrah
        Dalil naqli yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qudrah terkandung di dalam surah Al Waqiah:
surat:56 ayat:60KAMI-lah yang berkuasa menetapkan mati di kalangan kamu. (Al Waqiah: 60)
         Di dalam ayat ini ALLAH menegaskan dengan kata-kata "Kamilah yang berkuasa..." Dengan itu bertambah yakinlah kita bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah kerana ALLAH sendiri yang berkata demikian. Sebelum ini kita hanya membahaskan secara akal saja. Jadi akal saja yang memberikan pendapat demikian dan akal saja yang menentukan bahawa ALLAH itu bersifat Qudrah. Tetapi oleh kerana melalui dalil naqli ini ALLAH sendiri yang berkata, maka ia lebih tepat lagi.
          Jadi ayat 60 dari surah Al Waqiah ini adalah satu bukti yang kuat dan padu yang menunjukkan ALLAH bersifat dengan sifat Qudrah. Dalil ini tidak perlu lagi kita bahaskan kerana ia cukup jelas ditegaskan oleh ALLAH SWT. Kalau akal yang membuat penentuan, mungkin juga boleh kita bahaskan tetapi kalau ALLAH sendiri yang memberi penegasan melalui ayat Al Quran, ia tidak perlu lagi kita bahas. Ia wajib kita terima bulat-bulat kerana kalau kita tolak bererti kita telah jatuh kafir. Kerana menolak walau satu saja daripada ayat-ayat Al Quran bererti kita menolak semuanya.
2.      Dalil Naqli Sifat Iradah
        Dalil yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT bersifat Iradah pula ialah sebagaimana yang terkandung di dalam surah Yasin:
surat:36 ayat:82
        “Sesungguhnya urusan pentadbiran-Nya, apabila DIA mengkehendaki berlaku sesuatu, cukup hanyalah dengan DIA berkata kepadanya, "KUN", maka terjadilah ia”. (Yasin: 82)
Di dalam ayat yang lain pula, ALLAH berkata:
surat:3 ayat:47
    
 “Apabila sampai masanya DIA (ALLAH) melaksanakan sesuatu ketetapan, maka sesungguhnya DIA akan berkata kepadanya, "KUN" maka terjadilah ia”. (Ali Imran: 47)
         Di dalam Al Quran banyak sekali ayat yang hujungnya bermaksud, "Jadilah" maka jadilah ia. Ini menegaskan kepada kita betapa kalau ALLAH mengkehendaki sesuatu itu, cukuplah bagi ALLAH dengan hanya berkata, "Jadilah", maka perkara itu pun terjadi. Tidak ada apa lagi yang akan menghalangnya.
Di dalam Al Quran, ALLAH menceritakan di dalam sepotong firman-Nya:
surat:89 ayat:7
           “DIA-lah (ALLAH) yang menjadikan (tujuh lapis) langit dan bumi dalam masa enam hari”. (Hud: 7)
     Artinya di sini, ALLAH sudah tentukan hendak menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari. Maka itu, waktu ALLAH hendak menjadikannya, ALLAH hanya berkata "Jadilah!" dan dalam masa enam hari, jadilah langit dan bumi ini. Tetapi, sekiranya di azali lagi ALLAH sudah tentukan untuk menjadikan sekelip mata saja misalnya, maka dalam sekelip mata itulah terjadinya sesuatu itu.
        Maknanya, ALLAH akan jadikan perkara itu dalam jarak masa yang telah ditentukan-Nya. Oleh itu, hendaklah kita fahamkan benar-benar mengapa sesuatu itu terjadi dalam masa-masa tertentu seperti langit dan bumi ini ALLAH jadikan dalam enam hari. Jangan pula kita berkata yang ALLAH tidak boleh jadikan ia dalam sekelip mata, dalam satu saat, dalam satu hari dan sebagainya. Bukan ALLAH tidak boleh berbuat demikian, tetapi memang sudah ALLAH sengaja tentukan untuk dijadikan dalam sekian-sekian masa.
        "Kun" yang ALLAH sebut apabila menjadikan sesuatu itu, berlakunya ia adalah mengikut apa yang telah ALLAH tentukan. Ia tepat terjadi sepertimana yang ALLAH tentukan, tidak tercepat dan tidak pula terlambat, walaupun hanya sesaat. Umpamanya, bila ALLAH sudah berkata yang langit dan bumi ini hendak dijadikan dalam masa enam hari, maka dalam masa enam hari itulah langit dan bumi ini terjadi; tidak tercepat dan tidak juga terlambat.
       Begitu sekali kemampuan ALLAH SWT yang dibuktikan di dalam sifat Iradah ALLAH SWT. Begitu hebat dan begitu berkuasa sekali ALLAH hendak menjadikan sesuatu itu. Tidak ada suatu apa pun yang boleh menghalangnya dan tidak pula berlakunya sesuatu itu tercepat atau terkurang dari masa yang telah ALLAH tetapkan di azali. Kalau ALLAH hendak jadikan dalam masa sesaat, pun boleh, atau kalau ALLAH hendak jadikan dalam masa sehari dan sebagainya, pun boleh.
          Begitulah umpamanya dalam kejadian manusia. Memang ALLAH sudah tentukan kejadian manusia ini secara umum berlaku berperingkat-peringkat. Seperti mula-mula dalam kandungan ibu, kemudian dilahirkan menjadi seorang bayi dan seterusnya masuk ke alam kanak-kanak hingga ke umur 15 tahun misalnya. Selepas itu masuk ke alam remaja sehinggalah umur 40 tahun atau 45 tahun. Kemudian dia masuk pula ke alam tua. Jadi, demikian lebih kurang, ALLAH tentukan bagi kejadian manusia.
       Dan oleh kerana memang demikian caranya yang telah ALLAH tentukan untuk kejadian manusia, maka bila ALLAH kata "Kun", terjadilah manusia melalui proses yang ALLAH tentukan itu. Sebab itu, manusia ini lahir-lahir saja tidak terus ke alam remaja atau alam tuanya. Tetapi ini bukan pula bererti yang ALLAH tidak boleh berbuat demikian. Boleh ALLAH jadikan manusia ini dalam sekelip mata menjadi seorang bujang yang lengkap sifat-sifatnya; ada janggut, ada misai, ada ilmu, badan kuat dan sihat hingga terus boleh berjuang dan berjihad.
3.      Dalil Naqli Sifat Ilmu
       Dan seterusnya, cuba kita perhatikan pula dalil naqli yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT bersifat Ilmu. Ia terkandung di dalam surah Az Zumar:
surat:39 ayat:46
     
 “ALLAH SWT yang mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib-ghaib dan perkara yang tiada ghaib (yang nyata)”. (AZ Zumar: 46)
          Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ALLAH itu bersifat Ilmu atau bersifat mengetahui. ALLAH sendiri yang telah membuat pengakuan ini. Oleh itu wajiblah kita mempercayainya serta meyakininya sungguh-sungguh.
ALLAH telah menyatakan dengan tegas tentang sifat ilmu-Nya atau sifat mengetahui-Nya terhadap perkara-perkara yang ghaib ataupun terhadap perkara-perkara yang nyata. Tidak ada suatu perkara pun terlindung daripada pengetahuan ALLAH, melainkan semua diketahui oleh ALLAH. Begitu luas sekali pengetahuan ALLAH. Sebab itulah ALLAH berfirman:
surat:34 ayat:3
       “Tuhan yang amat mengetahui segala perkara yang ghaib, tidak terlindung daripada ilmu-Nya sekecil-kecil barang yang sebesar zarah pun yang ada di langit dan demikian juga tidak terlindung segala perkara yang ada di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari zarah itu dan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkan ada nyata tersebut di dalam kitab (iaitu Luh Mahfuz)”. (Saba': 3)
        Oleh itu, perlu kita ingat bahawa sifat mengetahui bagi ALLAH SWT adalah meliputi segala-galanya, sama ada pada perkara yang terang dan nyata ataupun pada perkara-perkara yang tersembunyi. Hatta lintasan hati manusia atau anganangannya pun ALLAH tetap mengetahuinya. Segala turun naik nafas kita pun ALLAH mengetahuinya.
        Jadi, dengan pernyataan ayat di atas, sepatutnya keyakinan kita bahawa wajib ALLAH bersifat mengetahui hendaklah menjadi lebih kukuh dan padu. Dengan itu, akan timbullah perasaan takut dan gentar di dalam hati kita untuk melakukan sebarang kesalahan. Kerana setiap perkara yang kita buat, sama ada terang-terang atau bersembunyi-sembunyi,ALLAH pasti mengetahuinya.
4.      Dalil Naqli Sifat Hayat
Dan akhimya, dalil naqli yang menunjukkan bahawa ALLAH SWT wajib bersifat Hayat atau hidup terkandung di dalam ayat:
surat:25 ayat:58
        “Dan hendaklah kamu berserah kepada Tuhanmu yang hidup yang tiada mati”. (Al Furqan: 58)
        Dengan pemyataan dari ALLAH SWT ini, maka bertambah lagilah keyakinan kita bahawa sesungguhnya ALLAH SWT bersifat Hayat.
         Perlu kita ingat dan ketahui bahawa hidupnya ALLAH tidak seperti hidupnya makhluk yang perlu kepada nyawa dan bemafas dengan menggunakan alat-alat atau anggota-anggota. ALLAH tidak demikian, malah hidup ALLAH SWT tidak terjadi dari empat unsur yang lazim berlaku pada makhluk untuk hidup iaitu tanah, air, api dan angin. Kemudian hidup ALLAH pula tidak memerlu kepada makan dan minum.
        Dengan ini, keempat-empat sifat yang wajib bagi ALLAH SWT iaitu sifat Qudrah, Iradah, Ilmu dan Hayat telah dapat kita bahaskan melalui kedua-dua dalil aqli dan naqli. Dari situ, jelaslah bahawa ALLAH SWT wajib bersifat dengan sifat-sifat tersebut.

No comments:

Post a Comment